Saturday, July 30, 2011

بسم الله الرحمان الرحيم. الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه اجمعين
Bismillah. assalamualaikum semua. heeee.
okay.
EPISODE 3.

Bengkel Bahas seterusnya bukan lagi dianjurkan oleh para senior tetapi oleh Ustazah Sri. Bengkel ini diadakan setiap Selasa selepas loceng tamat sekolah. Jadi, siapa yang betul2 serius ingin masuk Bahas 4PM mesti hadir. Cikgu Masaini dan Ustazah Raihanah juga hadir sebagai penasihat dan pemberi motivasi. :D Amat terkejut sekali apabila ana hadir sekali nampak abg2 preu 2 pun turut serta menghadiri bengkel ini. Ana ingat mereka hanya ingin menjadi mentor tetapi dapat tahu mereka juga akan bertanding untuk mengikut serta dalam Bahas 4PM. pada ketika itu, ana betul2 rasa, "Alamak, peluang ana tipis sgt kerana ada dua org yg begitu hebat akan sama2 bertanding mengisi tempat untuk mewakili madrasah..." - dalam kata yg lain, ana rasa inferior. Akan tetapi, demi ilmu, ana kuatkan semangat dan cuba sedaya upaya untuk aktif dalam kegiatan yang dijalankan ketika bengkel diadakan. Alhamdulillah, begitu banyak sekali ilmu yang ditimba, dan juga dapat juga merapatkan ukhuwwah dengan kawan2 yg juga ikut serta dlm bengkel ini. Pada satu hari, tiba2 kami disuruh membentuk kumpulan dan berbahas. Kumpulan ana dapat mauduk "Mas Kahwin wajib diberikan....", dan kumpulan ana yang terdiri dari Nadiyyah, Aidil dan ana, menjadi penyanggah. Heheh. Penyanggah rawks. Kumpulan pencadang pula terdiri dari Nufail, NurLinati dan Akh Khairul Anwar. sepanjang kami berbahas, tak kering gusi kami dibuatnya. Nak tahu kenapa? KERRRANA, bnyk gelagat yang lucu dapat dilihat. Misalnya:
1) Ketika Linati bebahas:
Aidil: Celahan Puan... *celahan dan soalan*
Linati: Ya.....*angguk* teruskan perbahasan.
#seakan2 Linati bersetuju dengan pernyataan Aidil.
2)Linati baru nak memberi isi yang pertama, loceng tamat dibunyikan. heheheeeee
3) Akh Khairul memberi pantun pembuka bicara , "Senduk besar, berat isinya..."(-lebih kurang sama.*terlupa*)
Ana memberi pantun pembuka juga dengan menggunakan perkataan senduk. "Senduk kecil, ringan isinya..."
#hehe, ana terasa dengan pantun tu. jadi,terbawa2.. nak balas juga..
4)Akh Khairul mencelah, "Nampaknya pihak penyanggah keliru dengan mauduk...*celahan*"
Ana buntu , dan terus menjawab , "Selalunya yang banyak mencelah adalah orang yang keliru..." Terus Akh Khairul kelihatan keliru. heheheeeeee.
#taktik last minute yang menjadi.

Pada perbahasan yang kedua antara kumpulan yang lain, ana tk dapat lihat kerana ana ada khutbah di Musollah cuma dapat lihat sedikit je.
1)"Saya mengatakan Kakak Tua, bukan Burung Kakak Tua"
Kumpulan lawan "Tadi pihak lawan ada mengatakan Kakak Tua?"
Kumpulan pertama, "Celahan tuan, saya katakan Burung Kakak Tua, bukan kakak Tua.."
#terbawak2 sampai beberapa hari berikutnya.

Dan pada akhir perbahasan yang berlangsung selama 2 kali dalam 2 minggu, Ustazah Sri , Ustazah Raihana dan Cikgu Masaini memberi maklum balas dan komen yang membangun...dan kami diberitahu...hari Sabtunya ada uji bakat (saringan) untuk siapa2 yg berminat untuk menyertai Bahas 4PM. *bbrrrrr* Terkejut ana dibuatnya.
Ana ada beritahu Linati, kalau kami tak dipilih.. ketika para wakil MWTAI di perkampungan bahas , kami akan mendirikan khemah sendiri dan berbahas disitu.. heheh. *semangat berbahas*.

-Akhir episod 3.
wassalam, fi Amanillah. :D


Monday, July 25, 2011

بسم الله الرحمان الرحيم. الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه اجمعين



Assalamualaikum. *peace*

Ok, a quick one from me.



Episode 2:

baru perasan, nak kene tulis dalam Bahasa Kita(MELAYU) (ceyh).. ok, lepas bengkel itu, minggu seterusnya ana tidak hadir ke sesi bengkel yang kedua KERANA APA? haha. KERANA ada perbincangan bersama pegawai2 MUIS di Masjid Muhajirin bersama beberapa teman MWTAI dan juga Madrasah Al-Ma'rif dan Madrasah Al-Junied. Bincang mengenai apa? Mengenai *rahsia*. Selepas itu, dikatakan bengkel yang ana tak dapat hadir itu, amat menyeronokkan kerana ada kehadiran seseorng tetamu, ana lupa siapa........ dan dapat tahu juga, Ustazah Sri akan mengadakan bengkel bahas juga dibantu oleh Cikgu Masaini. dan dapat tahu juga, yang tidak lama lagi, uji bakat bahas akan diadakan untuk memilih siapa yang akan menjadi wakil MWTAI ke Pertandingan Bahas 4PM 2011. *amat gementar sekali pada ketika itu* tetapi, semangat semakin membara. :D

ok, till here.. *nak buat kerja rumah*

Fi Hifzillah Taala. Wassalam,

Wednesday, July 20, 2011

بسم الله الرحمان الرحيم. الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه اجمعين.

"Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka.
Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya,mungkin,aku termasuk golongan mereka." (Imam Syafi’i)

Tuesday, July 19, 2011

Episode Satu:

Bismillah...
Pertama sekali mengapa ingin masuk bahas?-Heheh. ana dari kecil lagi..dari zaman Ustaz Irwan Hadi, Akh Hidayat dan seterusnya kepada Akh Azfar berbahas lagi , ana dah simpan cita2 nak masuk bahas.. ingatnya mudah.. (cakap, buat kelakar dan lagak konfiden sahaja) tetapi...heheh. Jadi, pada awal tahun ini, abang2 preu 2 ada membuat bengkel bahas untuk pelajar preu 1 supaya dapat melatih pelajar2 ini dan mempersiapkan mereka untuk apa2 acara berbahas khususnya bahas 4PM. Ana memang suka masuk bengkel2 serupa ni, apalagi masuk je lah... Beri nama pada pelajar preu 2 , tetapi belum lagi ada semangat yang membara yaaa, cuma minat yang mendalam... heheh.

Bangkel pertama bertembung dengan diskusi untuk GP, tetapi ana pergi juga kerana menurut abg2 preu 2 , ia hanya sebentar sahaja. Ana pun pergi dengan berbekalkan sebuah buku catatn dan juga alat tulis. antara yang menghadiri bengkel ini ialah Nurlinati, Khadijah, Ain, Hadi, Nufail, Aidil, Syaraf , Shireen dan juga Farah. Mentornya yang ana ingat ialah, Akh Adi, Akh Khairul, Akh Luqman dan Akh Munzir agaknya. Pada bengkel ini kami diberikan sebaris frasa ataupun satu perkataan dan disuruh berbual mengenai itu selama 2 minit. Ada yang dapat perkataan 'awan' , ada juga yang mendapat mengenai 'ilmu hitam' dan ana dapat tentang 'Kayu Jati'. Sebenarnya, topik yang ana dapat , ana nak menyampaikannya dengan serius dan mengaitkannya dengan ilmu geografi tentang deforestation ... namun, ana masih tak faham mengapa ramai orang rasa yang penyampaian ana melucukan... 0.o ...
dan selepas itu, Akh Luqman dan Akh Khairul memberi sedikit sebanyak maklum balas dan juga komentar berdasarkan persembahan kami. Banyak kata2 motivasi dan komentar yang bermanfaat yang dapat diraih.. dan pada ketika itulah ana menganggap mereka sebagai Xifu ana.. ana betul2 kagum dengan mereka, dalam fikiran terdetik ,"Abg2 ni mesti pakar dalam berbahas...begitu komited dan tidak sia2 datang bengkel ni.."
Mereka juga ada memberitahu yang mereka memasuki bahas pada tahun lepas, namun tidak dapat mara ke peringkat suku akhir.. dan mereka inginkan kita(pelajar preu 1) meneruskan perjuangan mereka. Semangat sudah dapat dirasakan, namun belum membara kerana ana belum tahu apa yangs sedang menunggu di hari muka........

Saturday, July 16, 2011

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wa as-solatu wassalamu 'ala rasulillah wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'een.
Salam 'alaikum. Hello peeps. Apa khabar semua? hehe. okayy, sebenarnya dah lama ana nak post dekat blog, cuma masa tidak mengizinkan... Hari ini pun mungkin pos yang ana nak letak agak ringkas, tapi bagi ana tak mengapa kerana ana nak sangat post.. heheh. Alhamdulillah hari ini sudah diberi peluang untuk mengepos(haha) dkt blog ni.

Nak tahu post ana tentang apa? *jeng jeng jeng* tentaaang BAHAS 4PM. heheh. ana nak post sgt kerana nak memori yang ada dalam benak fikiran tertulis dan andai lupa pun, masih bole disegarkan dengan post ini.. InsyaAllah Taala. Okay, ana akan mula dari A to Z. jadi pos ana ini akan ada episod2 yang selanjutnya ya... :D