Saturday, July 30, 2011

بسم الله الرحمان الرحيم. الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه اجمعين
Bismillah. assalamualaikum semua. heeee.
okay.
EPISODE 3.

Bengkel Bahas seterusnya bukan lagi dianjurkan oleh para senior tetapi oleh Ustazah Sri. Bengkel ini diadakan setiap Selasa selepas loceng tamat sekolah. Jadi, siapa yang betul2 serius ingin masuk Bahas 4PM mesti hadir. Cikgu Masaini dan Ustazah Raihanah juga hadir sebagai penasihat dan pemberi motivasi. :D Amat terkejut sekali apabila ana hadir sekali nampak abg2 preu 2 pun turut serta menghadiri bengkel ini. Ana ingat mereka hanya ingin menjadi mentor tetapi dapat tahu mereka juga akan bertanding untuk mengikut serta dalam Bahas 4PM. pada ketika itu, ana betul2 rasa, "Alamak, peluang ana tipis sgt kerana ada dua org yg begitu hebat akan sama2 bertanding mengisi tempat untuk mewakili madrasah..." - dalam kata yg lain, ana rasa inferior. Akan tetapi, demi ilmu, ana kuatkan semangat dan cuba sedaya upaya untuk aktif dalam kegiatan yang dijalankan ketika bengkel diadakan. Alhamdulillah, begitu banyak sekali ilmu yang ditimba, dan juga dapat juga merapatkan ukhuwwah dengan kawan2 yg juga ikut serta dlm bengkel ini. Pada satu hari, tiba2 kami disuruh membentuk kumpulan dan berbahas. Kumpulan ana dapat mauduk "Mas Kahwin wajib diberikan....", dan kumpulan ana yang terdiri dari Nadiyyah, Aidil dan ana, menjadi penyanggah. Heheh. Penyanggah rawks. Kumpulan pencadang pula terdiri dari Nufail, NurLinati dan Akh Khairul Anwar. sepanjang kami berbahas, tak kering gusi kami dibuatnya. Nak tahu kenapa? KERRRANA, bnyk gelagat yang lucu dapat dilihat. Misalnya:
1) Ketika Linati bebahas:
Aidil: Celahan Puan... *celahan dan soalan*
Linati: Ya.....*angguk* teruskan perbahasan.
#seakan2 Linati bersetuju dengan pernyataan Aidil.
2)Linati baru nak memberi isi yang pertama, loceng tamat dibunyikan. heheheeeee
3) Akh Khairul memberi pantun pembuka bicara , "Senduk besar, berat isinya..."(-lebih kurang sama.*terlupa*)
Ana memberi pantun pembuka juga dengan menggunakan perkataan senduk. "Senduk kecil, ringan isinya..."
#hehe, ana terasa dengan pantun tu. jadi,terbawa2.. nak balas juga..
4)Akh Khairul mencelah, "Nampaknya pihak penyanggah keliru dengan mauduk...*celahan*"
Ana buntu , dan terus menjawab , "Selalunya yang banyak mencelah adalah orang yang keliru..." Terus Akh Khairul kelihatan keliru. heheheeeeee.
#taktik last minute yang menjadi.

Pada perbahasan yang kedua antara kumpulan yang lain, ana tk dapat lihat kerana ana ada khutbah di Musollah cuma dapat lihat sedikit je.
1)"Saya mengatakan Kakak Tua, bukan Burung Kakak Tua"
Kumpulan lawan "Tadi pihak lawan ada mengatakan Kakak Tua?"
Kumpulan pertama, "Celahan tuan, saya katakan Burung Kakak Tua, bukan kakak Tua.."
#terbawak2 sampai beberapa hari berikutnya.

Dan pada akhir perbahasan yang berlangsung selama 2 kali dalam 2 minggu, Ustazah Sri , Ustazah Raihana dan Cikgu Masaini memberi maklum balas dan komen yang membangun...dan kami diberitahu...hari Sabtunya ada uji bakat (saringan) untuk siapa2 yg berminat untuk menyertai Bahas 4PM. *bbrrrrr* Terkejut ana dibuatnya.
Ana ada beritahu Linati, kalau kami tak dipilih.. ketika para wakil MWTAI di perkampungan bahas , kami akan mendirikan khemah sendiri dan berbahas disitu.. heheh. *semangat berbahas*.

-Akhir episod 3.
wassalam, fi Amanillah. :D


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home