Wednesday, August 17, 2011


بسم الله الرحمان الرحيم. الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه اجمعين
Bismillah. Assalamualaikum... :D
Ramadhan memang bulan barakah, memberi seribu keinsafan setiap hari, membawa juga seribu dugaan supaya kita dekat padaNya. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Semoga dugaan yg diterima dapat dijadikan iktibar dan dapat menjadikan ana seorg yg lebih dekat denganNya. Jgn pernah lupa ," seberat mana dugaan yg kta terima, jauh lebih berat lagi dugaan yang diterima Rasulullah SAW..".
dan kita hanyalah seorg hamba. adakah kita mempunyai hak menyoal dugaan yang diberikan pada kita? Astaghfirullah... sungguh, diri ini jauh sangat dariNya sehinggakan perlukan pada dugaan agar dapat wasilah padaNya. sungguh Faqeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeer. Astaghfirullah..
teringat ana pada kata2 Bapak ana semasa beliau baru pulang dari umrah tahun lepas.. "Di sana(haramain) ramai yang beribadah.. jika kita lihat kesemuanya.. terfikir sejenak.. antara mereka, kita ni yang keberapa di sisi Allah Taala.." - Sungguh kata2 Bapak ana bagaikan panah yang menusuk dikalbu. Allah.. dalam jutaan ummat Islam dari dulu sehingga sekarang, dengan amalan ana yang tak seberapa, entah diterima atau tidak, ana yang ke berapa disisiNya.. Allah... Astaghfirullah..
Dengan kefakiran ini juga, kita masih sibuk dengan perkara dunia. dengan hal yang begitu remeh, sedangkan hal Ummah masih memerlukan kesepaduan untuk menyelenggarakannya.. kalau para Sahabat dalam usia mereka yang masih muda sudah menyumbang banyak kepada Islam, bagaimana pula kita. adakah sumbangan yang diberikan atau hanya sekadar kata2 zahiriyyah yang belum terbukti dengan amalan? Allah.... :'(
Selain itu, soal hati.
Jika hati kita buruk, kita akan menjadi buruk secara keseluruhan. Kalau baik, maka baiklah seluruhnya. Jadi, jagalah hati. Kadang2 keindahan dunia mengaburkan mata kita, tetapi hapuskanlah kekaburan itu dengan mendekatkan diri dengan yang berhak, yang paling berhak. Tuhan semesta alam, Allah SWT. Kadang hati ini rasa terikat, leraikanlah ikatan itu dengan zikrullah dan selawat. Tidakkah kita percaya dengan janjiNya, "Sesungguhnya dengan zikrullah, tenanglah hati itu..." Percayalah dengan janjiNya. Percayalah wahai hati.
Cintailah pejuang Islam yang teragung sebelum kita cintai yang lain. Cintailah Rasulullah SAW. Pengorbanannya pada kita mengalahkan pengorbanan Hwarang pada rajanya. Sayangnya pada kita mengalahkan sayang Majnun pada Laila. Rindunya pada kita mengalahkan rindu Rose pada Jack. Risaunya untuk kita mengalahkan risaunya seorang ibu pada anaknya yang hilang. apa yang telah disebutkan , hanyalah sedikit sahaja dari sifat2 Baginda SAW. sedikit sahaja. Allahumma Solli 'alaih wa sallim.
setakat ini sahaja. coretan ini adalah peringatan buat diri ana sendiri. Allahu Taala Musta'an.
Addua biddu'a. :)
wassalam, Fi Hifzillah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home