Sunday, February 26, 2012

Assalamulaikum wr wb.
Im so sorry for the late post.
Before i post, lets start with bismillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'alaihi was sohbihi wa aalihi wa sallim.

A short cerpen i made.
Every perfection is attributed to Allah SWT.
All the flaws and faults are mine and for that Astaghfirullah Al-'Aazhim.

Bismillahirahmanirrahim
Sinar bulan menerangi malam, menemani Hamra yang diselubungi kesepian. Matanya berkaca, pipinya basah dan kedua tangannya digenggam erat seperti seseorang yang sedang risau. Kerinduannya pada seseorang semakin dirasa, semakin memakan jiwa. Tidak tertahan lagi rasa rindu itu sehinggakan hanya dia mampu menzahirkannya dengan linangan air mata. Tiba-tiba Hamra tersenyum, teringat ketika mula-mula mengenal si kekasihnya.

Hamra dulunya tidak pernah mengambil berat soal akhirat, apa yang dia mahukan hanyalah sekadar nikmat di dunia sahaja. Dulu apa yang difikirkannya ialah, hidupnya itu biarlah dipenuhi dengan hiburan dan kepuasan atau erti kata lain dia mahu enjoy all the way. Sehinggakan 23 tahun dari hidupnya dihabiskan dengan kepuasan dunia sahaja, jauh dari mengingati bahawasanya dia juga seperti hamba Allah Taala yang lain, dituntut untuk beribadah.

Pada suatu hari, dalam perjalanan pulangnya dari tempat kerjanya, dalam kesesakan MRT, seperti biasa Hamra keluarkan ipod nya untuk mendengar lagu. Namun, dia mendapati bateri ipod nya habis lalu dia membebel seorang, ‘alamak, buat hal pulak ipod ni….’ Terpaksalah, Hamra yang ‘dikecewakan’ ipod nya berada dalam kesesakan MRT ditemani suasana yang hiruk-pikuk dengan pelbagai gelagat orang di dalam MRT.

Disebabkan tidak tahu apa yang harus dibuatnya, Hamra memerhatikan keadaan disekeliling. Tiba-tiba, Hamra terdengar perbualan dua pelajar madrasah yang berdiri di sebelahnya, “Memang beliau seorang yang baik..Masya Allah” , “Nak sangat jumpa beliau..” , “Tidak mengapa suatu hari nanti… InsyaAllah” , “Ok, kita sama-sama berdoa…”. Hairan Hamra dibuatnya, siapakah orang yang sedang dua budak ini perbualkan? Kenapa mereka ingin sangat jumpa dengannya? Kenapa muka mereka bersinar-sinar kegembiraan ketika bercakap tentangnya?

Kerana perasaan ingin tahunya, Hamra menegur kedua pelajar itu dan tanyakan siapa yang mereka sedang cakapkan itu. Dalam kedaan masih tersenyum, seorang dari mereka menjawab , “Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam.” “Ermm…Rasul…apa dik?”Hamra bingung kerana perkataan itu begitu asing ditelinganya. Menyedari keadaan Hamra, pelajar itu berkata lagi, “Dialah Muhammad Bin Abdullah Sallallahu‘alaihiwasallam, nabi umat Islam,nabi kita. Kakak cuba google nama itu ok.” Disebabkan Hamra sudah tiba diperhentiannya, Hamra hanya mampu mengangguk dan ucapkan terima kasih sebelum keluar dari MRT itu.

Malam itu, selepas menyelesaikan tugas kerjanya, Hamra melungsuri lelaman Google dan google ‘Muhammad Bin Abdullah nabi umat Islam’. ‘Hmmm, nabi umat Islam, nabi aku jugak lah kan…’,fikir Hamra. Lelaman pertama yang keluar dari hasil pencariannya di Google terus dibukanya. Lelaman itu mengandungi biodata , sejarah hidup dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW. Setelah membaca satu rangkap dari lelaman itu, Hamra teruskan lagi dengan rangkap seterusnya. Selepas habis dibacanya, Hamra cari lelaman lain pula. Artikel demi artikel dibacanya, semakin Hamra membaca semakin hantinya terasa dibuka oleh sesuatu.

Keesokan harinya, Hamra tidak ke kerja kerana masih banyak lagi yang ingin dibacanya tentang Nabi Muhammad SAW. Hamra mula membeli buku tentang sejarah hidup Nabi Muhammad SAW, mendatangi ceramah tentangnya, seakan-akan dirinya tidak puas untuk mencari tahu tentang Nabi Muhammad SAW. Hidup Hamra mula berubah. Tiada penjelasan lain tentang perubahan itu kecuali yang dia sudah jatuh cinta dengannya, dengan yang bernama Muhammad Bin Abdullah. Disebabkan itu, Hamra mula mengerjakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah Taala, apa yang disuruh Nabi dibuatnya bersungguh-sungguh dan apa yang dilarangya, Hamra menjauhinya. Ipod Hamra juga yang dahulunya dipenuhi lagu-lagu penuh khayalan, sekarang diisi dengan bacaan-bacaan Al-Quran dan selawat-selawat.


‘Seorang yang dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh alam,
Merupakan anugerah dan rahmat untuk diriku,
Sekali membaca tentangnya, sudah bergelora semarak cinta,
Tersentuh jiwa ini dengan keikhlasan mu, sifat penyayangmu,
Belum aku menjumpaimu, sudah engkau katakan rindu pada ku,
Belum aku melaksankan amanahku sebagai hamba Sang Pencinta,
Sudah engkau lafazkan sayang pada umatmu ini.
Bagaimana ingin ku berdepan pada mu wahai kekasih Allah SWT,
Malu Ya Rasulullah, aku malu sangat…
Aku kecewakanmua Ya Rasulullah,
Tetapi tetap engkau mengorbankan dirimu untuk aku, umat mu ini..
Sampai ke akhir hayatmu, umat mu ini masih dalam ingatan..
Sungguh, aku jatuh cinta pada mu…
Walaupun begitu, engkau telah mencintai umat mu ini terlebih dahulu..”

Hamra pun mengesat air matanya dan mengusap dadanya yang masih berombakkan kerinduan.
Kerinduan pada si kekasih, yang bernama Muhammad Bin Abdullah Sallallhu’alaihi wasallam. Dengan itu, malam menyaksikan Hamra melepaskan rindunya di atas sejadah yang telah menjadi tempat sujudnya dan tempat rintihannya pada Sang Pencinta .

Hamra bangun melakukan tahajjudnya, meminta Allah SWT agar dia dapat bertemu dengan kekasihnya. Pada malam itu juga, bulan menjadi saksi bahawa Allah Taala, Sang Pencinta, mengabulkan doa Hamra, si perindu pada kekasihNya.
Hamra meleraikan nafasnya yang terakhir ketika ditenggelami rindu. Maha Suci Allah, Yang takdirNya seindah-indah takdir yang menemukan seorang perindu pada kekasihNya. Subhanallah~


And with that,
Fi Hifzillah Taala,
Wassalam :))

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home